Operasi Mencari dan Menyelamat (Carilamat) seorang nelayan warga emas yang hilang selepas dipercayai terjatuh ke laut diperluaskan dengan sektor pencarian meliputi 20.28 batu nautika persegi.<br /><br />Pengarah Maritim Terengganu Kapten Maritim Muhammad Suffi Mohd Ramli berkata pencarian yang memasuki hari kedua itu tertumpu di kawasan Perairan Kuala Chendering.